Video stats
Public counts from the last refresh.
- Views
- 88,851
- Likes
- 2,372
- Comments
- 180
- Shares
- 27
- Saves
- 112
- Engagement
- 2.9%
- Duration
- 114s
- Posted
- Oct 4, 2026
Video insights
@halizamaysuri's TikTok video "Replying to @Zulaifa Rahman Sebelum nasihatkan saya jangan tayang barang mewah, takut riak katanya, cuba scroll dulu saya ni berniaga apa, siapa pelanggan saya dan kenapa saya buat konten macam tu. Saya berniaga tudung mewah. Target market saya memang peminat barangan dan jenama mewah. Jadi konten saya tentulah berkait dengan lifestyle pelanggan saya juga. Kadang-kadang saya naik kapal terbang first class, menginap di hotel mewah, shopping handbag dan barangan mewah. Ya, saya bukan tunjuk tudung sahaja. Itu dipanggil konten lifestyle, dan memang sesuai dengan jenama serta pelanggan saya. Bila saya naik kapal terbang, saya tetap pakai tudung produk saya. Pelanggan tengok, “Oh, kalau travel, cantik pakai tudung macam ni.” Bila saya bercuti, buat room tour atau tour hotel, saya juga memakai tudung saya. Mereka nampak macam mana nak gayakan tudung tu untuk bercuti, shopping atau pergi majlis. Mereka suka tengok sebab itulah juga lifestyle dan minat mereka. Dalam masa saya berkongsi, saya sedang memperkenalkan produk saya. Tak semestinya setiap video saya kena pegang tudung depan kamera dan cakap, “Mari beli, mari beli.” 😅 Saya dah berniaga berpuluh tahun. Ramai pengikut saya ialah pelanggan yang dah lama mengikuti saya. Apa yang saya pakai dan cara saya gayakan, mereka jadikan inspirasi. Bukan saya tak mampu bayar model atau selebriti. Tapi saya sendiri dah nampak, bila saya pakai sesuatu koleksi dalam konten, tempahan masuk sampai kilang tak menang tangan nak siapkan permintaan pelanggan. Jadi tentulah saya teruskan cara yang berkesan untuk bisnes saya. Baju dan gaun saya pun memang ada yang berharga ratusan ribu ringgit sehelai sebab bertahtakan kristal Swarovski. Swarovski sendiri ialah partner bisnes saya. Itu sebahagian daripada mata pencarian saya. Bila saya tunjuk persalinan tu, pelanggan boleh tengok hasil kerja dan dapat idea untuk tempahan mereka. Saya sebut harga supaya senang pelanggan membuat pilihan. Dah tahu harga, bolehlah fikir ikut bajet, minat dan kemampuan masing-masing. Takkan tudung harga RM70,000, RM100,000, gaun pula ratusan ribu, tapi sebab nak nampak humble saya kena cakap, “Ini RM2.50 je.” Takkan macam tu pula? Merendah diri bukan bermaksud saya kena sorok harga atau rendahkan nilai hasil kerja sendiri. Kepada yang bukan pelanggan atau tak berminat dengan lifestyle macam ni, tak apa. Janganlah terasa hati. Setiap perniagaan ada pelanggan dan peminatnya masing-masing. Konten saya bukan nak mengukur kemampuan sesiapa atau mengatakan hidup saya lebih baik daripada orang lain. Allah bagi rezeki masing-masing berbeza. Kita berbelanja ikut kemampuan dan tanggungjawab sendiri. Tak membeli tudung saya tak menjadikan seseorang kurang mulia. Membeli tudung mahal pun tak menjadikan seseorang lebih mulia. Cuma jangan sebab sesuatu tu tak sesuai dengan minat atau bajet kita, terus orang yang menjual dan memakainya dicap riak dan sombong. Kalau saya menghina atau pandang rendah pada orang, tegurlah perbuatan saya. Tapi bila saya menggayakan produk dalam kehidupan saya, berkongsi lifestyle dan menerangkan harga, itu ada tujuan dalam perniagaan saya. Kalau saya bukan usahawan, saya tak ada keperluan yang sama untuk seaktif ni di media sosial. Saya ada jenama, pelanggan, pekerja dan tanggungjawab. Orang nampak video beberapa minit, di belakangnya ada usaha mencari rezeki. Kadang-kadang cara kita melihat pun dipengaruhi oleh sangkaan sendiri. Kalau hati lapang, kita boleh nampak orang sedang bekerja dan berniaga. Kalau dari awal dah bersangka buruk, apa pun orang post serba tak kena. Saya boleh jelaskan tujuan konten saya. Tapi sangkaan orang, saya tak boleh kawal. Nak nasihat tentang menjaga hati, sama-samalah kita jaga. Saya jaga niat ketika berkongsi, yang melihat pun jagalah sangkaan sebelum menghukum. Harga barang saya boleh ditanya. Tapi niat dalam hati saya, takkan tengok satu video dah tahu semuanya?" has 88,851 views, 2,372 likes, 180 comments, 27 shares in the public metrics captured by this index. That is an engagement rate of 2.9% (likes, comments and shares over views). It was posted over two weeks ago and runs 1 minute 54 seconds. It has been saved 112 times.
Data as of Oct 24, 2026 (UTC), from the last public refresh captured by this index.
- Followers
- 505,601
- Following
- 61
- Likes
- 18,718,134
- Videos
- 2,742
Recent Videos
10.2Kviews214likes5comments2 days ago@halizamaysuri 22.5Kviews2.4Klikes99comments3 days ago@halizamaysuri 18.7Kviews765likes33comments4 days ago@halizamaysuri 46.1Kviews1.4Klikes21comments7 days ago@halizamaysuri 29.6Kviews662likes11comments8 days ago@halizamaysuri 57.7Kviews2Klikes39comments9 days ago@halizamaysuri 61.5Kviews6.4Klikes223comments10 days ago@halizamaysuri 161.7Kviews3.9Klikes38comments17 days ago@halizamaysuri 170.7Kviews5.7Klikes35comments17 days ago@halizamaysuri 78.7Kviews6.6Klikes244comments18 days ago@halizamaysuri 100.2Kviews8.9Klikes334comments18 days ago@halizamaysuri 102.4Kviews9.1Klikes424comments19 days ago@halizamaysuri
Frequently asked questions
- How many views does this TikTok video have?
- The capture indexed here reports 88,851 views, 2,372 likes and 180 comments.
- Who posted this TikTok video?
- It was posted by @halizamaysuri, who is linked from this page.
- What is this TikTok video's engagement rate?
- Across the captured metrics the engagement rate is 2.9% (likes + comments + shares over views).
- When was this TikTok video posted?
- It was posted on 2026-10-04, over two weeks ago.
- How long is this TikTok video?
- The captured clip runs 1 minute 54 seconds.