Skip to content
TikMonkey

Download MP4Downloader

Ella mula bekerja dengan kami ketika usianya baru 16 tahun. Waktu itu, Putri masih tujuh… — @halizamaysuri

Posted Oct 16, 2026 (9 days ago)385s230,814 views

Video stats

Public counts from the last refresh.

Views
230,814
Likes
10,525
Comments
120
Shares
202
Saves
556
Engagement
4.7%
Duration
385s
Posted
Oct 16, 2026

Video insights

@halizamaysuri's TikTok video "Ella mula bekerja dengan kami ketika usianya baru 16 tahun. Waktu itu, Putri masih tujuh bulan dalam kandungan dan Syazwan baru berusia tiga tahun. Hari ini, sudah 24 tahun Ella bersama keluarga kami. Anak-anak yang dahulu didukung dan dijaganya sudah pun berumah tangga. Syazwan pula sudah mempunyai anak sendiri. Bila fikir semula, sebak rasanya. Begitu panjang perjalanan yang telah kami lalui bersama. Permulaan Bawal Exclusive bukanlah semudah yang orang lihat hari ini. Siang berniaga di kedai, malam berniaga di pasar malam. Ada ekspo atau pameran, di situlah kami mencari rezeki. Ketika Putri baru berusia 45 hari, saya sudah kembali bekerja. Dalam kesibukan kami membina kehidupan, Allah kurniakan seorang pembantu yang amanah. Ella menjaga dan menyayangi anak-anak saya seperti anaknya sendiri. Sebab itulah anak-anak memanggilnya “Ibu”. Dia antara orang paling dekat yang menyaksikan susah kami, penat kami dan segala ujian yang kami lalui. Apabila Allah titipkan kesenangan, dia juga masih di sisi. Kadang-kadang, apabila bercakap tentang kejayaan, kita mudah mengingati orang yang menguruskan perniagaan. Tetapi jangan terlupa orang di rumah yang menjaga anak-anak, menyediakan keperluan keluarga dan menguruskan rumah ketika kita keluar mencari rezeki. Kita boleh bekerja dengan lebih tenang kerana ada seseorang yang kita percaya untuk menjaga insan paling berharga dalam hidup kita. Besar sungguh jasa itu. Bukan hanya mereka yang mempunyai jawatan tinggi atau kelulusan universiti yang patut diberi penghargaan. Orang yang setia menguruskan kehidupan kita di rumah juga punya bahagian dalam perjalanan kejayaan ini. Tentang selimut dalam video ini, itulah “selimut busuk” kesayangan Putri. Waktu kecil, hendak tidur mesti pegang dan cium selimut itu. Hendak dibasuh pun susah. 🥹 Suatu hari, selimut itu tercicir ketika Putri dibawa menaiki motosikal. Kami beritahu Putri selimutnya sudah hilang. Tetapi sebenarnya, Papa menyusuri semula jalan tersebut, mencari dan mengutipnya kembali. Papa simpan selimut itu dan berpesan kepada Ella, “Nanti apabila Putri kahwin, bagi semula selimut ini kepada dia.” Bertahun-tahun rahsia itu disimpan. Akhirnya, sampai juga hari untuk selimut itu pulang kepada tuannya, melalui tangan Ibu yang banyak membesarkannya. Putri sangka sedang membuka hadiah. Sebenarnya, dia sedang membuka semula sebahagian daripada zaman kecilnya. 🤍 Ella, gaji, emas, hadiah dan rezeki dapat menghantar Ella ke Mekah pun tidak mampu membalas segala kasih dan kesetiaan selama ini. Semoga Allah panjangkan usia Ella dalam kesihatan yang baik. Mudah-mudahan kita terus bersama, melihat anak cucu membesar, insya-Allah. Segala-galanya dengan izin Allah. Dan antara rezeki terbesar yang Allah hadirkan dalam hidup saya ialah orang yang amanah menjaga keluarga ketika saya berjuang mencari rezeki. Hargailah mereka. Jangan tunggu sehingga tangan yang selama ini banyak membantu kita sudah tiada di sisi, baru kita sedar betapa besarnya jasa mereka." has 230,814 views, 10,525 likes, 120 comments, 202 shares in the public metrics captured by this index. That is an engagement rate of 4.7% (likes, comments and shares over views). It was posted 9 days ago and runs 6 minutes 25 seconds. It has been saved 556 times.

Data as of Oct 24, 2026 (UTC), from the last public refresh captured by this index.

Haliza Maysuri

@halizamaysuri

Founder Bawal Exclusive

View profile
Followers
505,601
Following
61
Likes
18,718,134
Videos
2,742

Recent Videos

MORE FROM @HALIZAMAYSURI

Frequently asked questions

How many views does this TikTok video have?
The capture indexed here reports 230,814 views, 10,525 likes and 120 comments.
Who posted this TikTok video?
It was posted by @halizamaysuri, who is linked from this page.
What is this TikTok video's engagement rate?
Across the captured metrics the engagement rate is 4.7% (likes + comments + shares over views).
When was this TikTok video posted?
It was posted on 2026-10-16, 9 days ago.
How long is this TikTok video?
The captured clip runs 6 minutes 25 seconds.