Lewati ke konten
TikMonkey

Unduh MP4Pengunduh

Ella mula bekerja dengan kami ketika usianya baru 16 tahun. Waktu itu, Putri masih tujuh… — @halizamaysuri

Diposting 16 Okt 2026 (11 hari yang lalu)385 dtk230.814 tayangan

Statistik video

Jumlah publik dari pembaruan terakhir.

Tayangan
230.814
Suka
10.525
Komentar
120
Dibagikan
202
Disimpan
556
Interaksi
4,7%
Durasi
385 dtk
Diposting
16 Okt 2026

Wawasan video

Video TikTok @halizamaysuri “Ella mula bekerja dengan kami ketika usianya baru 16 tahun. Waktu itu, Putri masih tujuh bulan dalam kandungan dan Syazwan baru berusia tiga tahun. Hari ini, sudah 24 tahun Ella bersama keluarga kami. Anak-anak yang dahulu didukung dan dijaganya sudah pun berumah tangga. Syazwan pula sudah mempunyai anak sendiri. Bila fikir semula, sebak rasanya. Begitu panjang perjalanan yang telah kami lalui bersama. Permulaan Bawal Exclusive bukanlah semudah yang orang lihat hari ini. Siang berniaga di kedai, malam berniaga di pasar malam. Ada ekspo atau pameran, di situlah kami mencari rezeki. Ketika Putri baru berusia 45 hari, saya sudah kembali bekerja. Dalam kesibukan kami membina kehidupan, Allah kurniakan seorang pembantu yang amanah. Ella menjaga dan menyayangi anak-anak saya seperti anaknya sendiri. Sebab itulah anak-anak memanggilnya “Ibu”. Dia antara orang paling dekat yang menyaksikan susah kami, penat kami dan segala ujian yang kami lalui. Apabila Allah titipkan kesenangan, dia juga masih di sisi. Kadang-kadang, apabila bercakap tentang kejayaan, kita mudah mengingati orang yang menguruskan perniagaan. Tetapi jangan terlupa orang di rumah yang menjaga anak-anak, menyediakan keperluan keluarga dan menguruskan rumah ketika kita keluar mencari rezeki. Kita boleh bekerja dengan lebih tenang kerana ada seseorang yang kita percaya untuk menjaga insan paling berharga dalam hidup kita. Besar sungguh jasa itu. Bukan hanya mereka yang mempunyai jawatan tinggi atau kelulusan universiti yang patut diberi penghargaan. Orang yang setia menguruskan kehidupan kita di rumah juga punya bahagian dalam perjalanan kejayaan ini. Tentang selimut dalam video ini, itulah “selimut busuk” kesayangan Putri. Waktu kecil, hendak tidur mesti pegang dan cium selimut itu. Hendak dibasuh pun susah. 🥹 Suatu hari, selimut itu tercicir ketika Putri dibawa menaiki motosikal. Kami beritahu Putri selimutnya sudah hilang. Tetapi sebenarnya, Papa menyusuri semula jalan tersebut, mencari dan mengutipnya kembali. Papa simpan selimut itu dan berpesan kepada Ella, “Nanti apabila Putri kahwin, bagi semula selimut ini kepada dia.” Bertahun-tahun rahsia itu disimpan. Akhirnya, sampai juga hari untuk selimut itu pulang kepada tuannya, melalui tangan Ibu yang banyak membesarkannya. Putri sangka sedang membuka hadiah. Sebenarnya, dia sedang membuka semula sebahagian daripada zaman kecilnya. 🤍 Ella, gaji, emas, hadiah dan rezeki dapat menghantar Ella ke Mekah pun tidak mampu membalas segala kasih dan kesetiaan selama ini. Semoga Allah panjangkan usia Ella dalam kesihatan yang baik. Mudah-mudahan kita terus bersama, melihat anak cucu membesar, insya-Allah. Segala-galanya dengan izin Allah. Dan antara rezeki terbesar yang Allah hadirkan dalam hidup saya ialah orang yang amanah menjaga keluarga ketika saya berjuang mencari rezeki. Hargailah mereka. Jangan tunggu sehingga tangan yang selama ini banyak membantu kita sudah tiada di sisi, baru kita sedar betapa besarnya jasa mereka.” memiliki 230.814 tayangan, 10.525 suka, 120 komentar, 202 kali dibagikan dalam metrik publik yang dicatat indeks ini. Itu setara tingkat interaksi sebesar 4,7% (suka, komentar, dan bagikan dibagi tayangan). Video ini diposting 11 hari yang lalu dan berdurasi 6 menit, 25 detik. Video ini telah disimpan 556 kali.

Data per 24 Okt 2026 (UTC), dari pembaruan publik terakhir yang dicatat indeks ini.

Haliza Maysuri

@halizamaysuri

Founder Bawal Exclusive

Lihat profil
Pengikut
505.601
Mengikuti
61
Suka
18.718.134
Video
2.742

Video Terbaru

VIDEO LAINNYA DARI @HALIZAMAYSURI

Pertanyaan umum

Berapa tayangan video TikTok ini?
Data yang diindeks di sini mencatat 230.814 tayangan, 10.525 suka, dan 120 komentar.
Siapa yang memposting video TikTok ini?
Video ini diposting oleh @halizamaysuri, yang ditautkan dari halaman ini.
Berapa tingkat interaksi video TikTok ini?
Dari metrik yang dicatat, tingkat interaksinya adalah 4,7% (suka + komentar + bagikan dibagi tayangan).
Kapan video TikTok ini diposting?
Video ini diposting pada 2026-10-16, 11 hari yang lalu.
Berapa lama durasi video TikTok ini?
Klip yang dicatat berdurasi 6 menit, 25 detik.